Pages

Ads 468x60px

My Blog List

Blogger news

Blogger templates

Featured Posts

Thursday, October 9, 2014

Diskusi Buku Rahsia Air Jampi Terbitan Kiswah Publishing House di Utusan Malaysia 10 Okt 2014


Assalamualaikum semua..


Buku Terbitan Kiswah publishing House 'Rahsia Air Jampi' di Ruangan Diskusi Buku Utusan Malaysia hari ini. Jumaat 10 Okt 2014. 




Boleh dapatkan di http://airjampi.com/



Wednesday, August 6, 2014

Ulasan Buku Handbook Ruqyah Syariyyah, Jampi Yang Menurut Syara', Panduan Perawat Meruqyah Pesakit Gangguan Makhluk Halus



ULASAN BUKU KECIL; HANDBOOK RUQYAH SYARIYYAH
(Jampi Yang Menurut Syara’; Rawatan Untuk Pesakit Gangguan Makhlus Halus; Teks Ruqyah Lengkap Berserta Khutbah, Doa Kesembuhan dan Selawat-selawat Pilihan)

Hayat Kiswah Al Mevlevi
RM 10.00 
ISBN: 978-967-11307-0-4
Tahun terbit: 2012
Jumlah Mukasurat: 84 (tidak termasuk kulit)
Terbitan: Kiswah Publishing House

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya. (Ayat 82, Surah al Isra’)
Abu Ubaid bin Talhah bin Mushrif RA pernah berkata: Adalah dikatakan bahawa:
“Apabila dibacakan al-Quran di sisi pesakit didapati penyakitnya bertambah ringan.”

Merupakan satu buku poket panduan lengkap bacaan ruqyah syariyyah yang dibacakan kepada pesakit gangguan makhluk halus. Buku ini sangat relevan bagi perawat Islam yang ingin merujuk teks ruqyah berserta khutbah, doa kesembuhan dan selawat pilihan ketika sesi ruqyah dijalankan.

Hayat Kiswah secara umumnya telah membahagiakan penulisannya kepada dua bahagian. Pertama; latar belakang kaedah ruqyah dari sudut dalil, persediaan rawatan, adab-adab meruqyah, tanda-tanda gangguan dan amalan pendinding diri. Kedua; penulis memfokuskan kepada teks bacaan 33 ayat ruqyah itu sendiri termasuk ayat tambahan seperti ayat syifa’, ayat kesembuhan penyakit fizikal, doa-doa kesembuhan, selawat-selawat pilihan dan khutbah dakwah kepada makhluk halus. Ayat-ayat yang perlu diulang, tempat yang perlu diniatkan (syahid ayat),khutbah yang bersesuaian untuk ayat ruqyah, penerangan ayat ruqyah yang dibaca dan maknanya juga disertakan.

Buku ini terbahagi kepada 13 bab yang terdiri daripada ayat-ayat pembukaan, ayatul kursiy, seruan kepada Islam, pembatal sihir, ayat-ayat pengajaran, ancaman dan amaran kepada jin. Selanjutnya disusuli pula dengan ayat-ayat syifa’ dan rawatan penyakit fizikal, al muawwizat, ayat-ayat tambahan, selawat-selawat pilihan, doa kesembuhan, penutup sesi ruqyah dan amalan pendinding dari sihir. Akhirnya buku diakhiri dengan ijazah ruqyah dari penulis.

Kesimpulannya buku ini amatlah disarankan kepada perawat, pesakit dan keluarga, pengkaji dan penuntut ilmu rawatan Islam berasaskan ruqyah syariyyah. Malah bolehlah diibaratkan buku nota poket lengkap yang di dalamnya terkandung segala panduan perawat dan teks ruqyah ketika sesi rawatan.



 Cara pembelian: RM10 + RM8 Penghantaran..

1. Sila ‘bank in’ duit dengan kaedah-kaedah yang diterangkan di bahagian "PEMBAYARAN".


ATM deposit / ATM transfer / Cash deposit ke akaun

Muliati binti Saad.

no akaun Bank Islam : 14162020055479 atau

no akaun Maybank: 156057415555 (MULIATI BINTI SAAD)

2. Kemudian, sila sms saya di no 0179065131 (USTAZ HAYAT) dengan menyatakan:

a. Nama

b. Tarikh

c. Bank apa dan bila dimasukkan duit

d. Alamat surat menyurat

e. Produk dan bilangan

3. Kemudian, dengan berbesar hatinya kami akan menghantar buku tersebut ke alamat anda.

4. Bolehlah anda menikmati buku kami dengan penuh penghayatan…


Ulasan Buku Kamus Tafsir Mimpi Kaedah Al-Quran


ULASAN BUKU KAMUS TAFSIR MIMPI KAEDAH AL QURAN

Hayat Kiswah Al Mevlevi
RM 20.00 
ISBN: 978-967-11307-3-5
Tahun terbit: 2014
Jumlah Mukasurat: 198 (tidak termasuk kulit)
Terbitan: Kiswah Publishing House

Hadis riwayat Samurah bin Jundub , beliau berkata:
Sesungguhnya Nabi mengadap sahabat-sahabatnya selepas solat Subuh seraya bertanya, “Adakah terdapat salah seorang dari kamu yang telah bermimpi pada malam tadi.”
(Riwayat Muslim, No.4220)

Merupakan satu buku yang sangat relevan bagi mengupas fenomena mimpi dan pentafsirannya. Buku ini merupakan ekstrak kepada kitab ‘Tafsirul Ahlam’ yang ditulis oleh as Shaykh Ibn Sirrin al Ansori dan ‘Qamus Ahlam’ karya Dr Khalid ibn Ali al Anbari. Isi kandungannya merangkumi semua tajuk yang menyentuh perihal mimpi dari sudut syarie dan saintifik serta pentafsirannya. Buku ini boleh dijadikan rujukan seisi keluarga dalam menjawab segala persoalan dan misteri yang menjelma dalam tidur kita saban hari.

Hayat Kiswah di dalam penulisannya telah mengupas tajuk dengan sandaraan dalil dan fakta yang kukuh. Penulis secara umumnya membahagikan buku ini kepada dua bahagia. Pertama; memfokuskan tentang realiti mimpi dari sudut pandangan agama dan kajian saintifik serta dalil-dalil ilmu tafsir mimpi. Kedua; adab dan kaedah mentafsir mimpi seumpama yang dianjurkan oleh para ulamak silam.

Buku ini terbahagi kepada 10 bab yang terdiri daripada hakikat mimpi, adab mendapat mimpi, hukum beramal dengan ilmu dari mimpi, sekitar mimpi berjumpa Rasulullah , mimpi dan tipu daya syaitan serta penangan sihir. Selanjutnya penulis menyambung perbahasan berkenaan cara mentafsir mimpi, adab ketika mentafsir mimpi, senarai tafsiran mimpi mengikut abjad dan beberapa contoh tafsir mimpi. Di bahagian penutup, penulis menekan bahawa mimpi bukanlah segala-galanya tetapi janganlah dipandang sepi kerana merujuk kepada pentafsiran mimpi ada asasnya di dalam agama.

Kesimpulannya buku ini amatlah disarankan kepada semua ‘pemimpi’ muslimin dan muslimat. Malah bolehlah diibaratkan buku poket atau nota yang lengkap berkenaan tafsir mimpi. Mudah-mudahan buku ini layak menjadi rujukan kepada semua apabila berhadapan dengan teka-teki berkenaan mimpi yang diperolehi.


  Cara pembelian: RM20 + RM8 Penghantaran..

1. Sila ‘bank in’ duit dengan kaedah-kaedah yang diterangkan di bahagian "PEMBAYARAN".

ATM deposit / ATM transfer / Cash deposit ke akaun

Muliati binti Saad.

no akaun Bank Islam : 14162020055479 atau

no akaun Maybank: 156057415555 (MULIATI BINTI SAAD)

2. Kemudian, sila sms saya di no 0179065131 (USTAZ HAYAT) dengan menyatakan:

a. Nama

b. Tarikh

c. Bank apa dan bila dimasukkan duit

d. Alamat surat menyurat

e. Produk dan bilangan

3. Kemudian, dengan berbesar hatinya kami akan menghantar buku tersebut ke alamat anda.

4. Bolehlah anda menikmati buku kami dengan penuh penghayatan…

Tuesday, August 5, 2014

Ulasan Buku Soal Jawab Ilmu Tauhid; Ahli Sunnah Wal Jamaah; Akidah Asyirah Wal Maturidiyyah

SOAL JAWAB ILMU TAUHID
(Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah; Al Asyairah wal Maturidiyyah)



Hayat Kiswah Al Mevlevi
RM 17.00
ISBN: 978-967-11307-2-8
Tahun terbit: 2013
Jumlah Mukasurat: 156 (tidak termasuk kulit)
Terbitan: Kiswah Publishing House

“Sebagaimana yang disebutkan dalam Syarah Ihya' oleh Imam Murtada az Zabidi, bila dikatakan Ahli Sunnah wal Jamaah, maka yang dimaksudkan ialah aliran yang diajarkan oleh Imam Abu Hasan al Asy’ari dan Abu Mansur al Maturidi.”

Merupakan satu buku pengajian ilmu Tauhid yang lengkap dan relevan kepada semua muslimin dan muslimat. Buku ini merupakan ekstrak kepada kitab ‘Pati Faridatul Faraid’ yang ditulis oleh Tuan Guru Haji Nik Abdullah al Jambawi dan disampaikan melalui kaedah soal jawab. Isi kandungannya merangkumi semua tajuk yang wajib dipelajari oleh mukallaf untuk melayakkan mereka melepasi kewajipan fardhu ain. Buku ini juga layak dijadikan rujukan seisi keluarga dalam menjawab segala kesulitan berkaitan ilmu Tauhid khususnya perbincangan ‘Sifat Dua Puluh.’

Hayat Kiswah di dalam penulisannya telah mengemukakan bukti bahawa yang dikatakan ‘Ahli Sunnah wal Jamaah itu adalah pengikut ‘Al Asyairah wal Maturidiyyah’ dengan dalil-dalil yang konkrit. Penulis secara umumnya membahagikan buku ini kepada dua bahagia. Pertama;  memfokuskan latarbelakang Ahli Sunnah al Jamaah. Kedua; silibus pengajian ilmu Tauhid yang wajib dipelajar oleh mukallaf.

Buku ini terbahagi kepada 13 bab yang terdiri daripada latarbelakang Ahli Sunnah wal Jamaah, senarai ulamak Al Asyairah wal Maturidiah, pelajaran Tauhid di alam Melayu, iman, islam dan ihsan, hukum akal dan persoalan taqlid, mengenal Allah dan sifat-sifat-Nya. Selanjutnya menyambung perbahasan berkenaan perutusan para nabi, kalimah syahadah, mengenal para malaikat, mengenal kitab-kitab Allah, perihal Rasulullah r, kemaslahatan yang enam dan isu riddah, dan akhirnya perkara sam’iyyat dan alam akhirat.

Kesimpulannya buku ini amatlah disarankan kepada muslimin dan muslimat tidak mengira latar belakang agama atau sebaliknya. Malah bolehlah diibaratkan buku poket atau nota yang di dalamnya terkandung segala pelajaran wajib kepada mukallaf. Mudah-mudahan buku ini layak menjadi rujukan kepada semua lapisan masyarakat sama ada orang awam, pelajar agama atau pengkaji.

  Cara pembelian: RM17 + RM8 Penghantaran..

1. Sila ‘bank in’ duit dengan kaedah-kaedah yang diterangkan di bahagian "PEMBAYARAN".

Ulasan Buku Rahsia Air Jampi; Rahsia Perawat Islam, Edisi Lakukan Sendiri Di Rumah Terbitan KISWAH PUBLISHING HOUSE

RAHSIA AIR JAMPI KAEDAH AL QURAN
Hayat Kiswah Al Mevlevi
RM 16.00
ISBN: 978-967-11307-1-1
Tahun terbit: 2012
Jumlah Mukasurat: 159 (tidak termasuk kulit)
Terbitan: Kiswah Publishing House

(Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): " Hentakkanlah (bumi) Dengan kakimu " (setelah ia melakukannya maka terpancarlah AIR, lalu Kami berfirman kepadanya): " ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin) ".
[Shaad: 42]
Merupakan satu buku yang lengkap dan relevan kepada semua pengamal pengubatan Islam berasaskan ruqyah syariyyah. Buku ini juga layak dijadikan rujukan kepada semua peminat dunia rawatan Islam sama ada perawat, pesakit atau pengkaji.

Hayat Kiswah di dalam penulisannya telah membuktikan secara syarie dan saintifik berkenaan realiti rawatan ruqyah menggunakan wasilah air sebagai perantara. Penulis memfokuskan latarbelakang dan teknik meruqyah air sebagai medium asas dalam rawatan sesuatu penyakit bersifat sama ada spiritual, fizikal atau emosional.

Buku ini terbahagi kepada  9 bab yang terdiri daripada pengenalan air di dalam al-Quran, misteri kejadian air, air yang mempunyai roh dan misteri penyembuhan gelombang al-Quran. Selanjutnya penulis mengaitkan kaedah ruqyah dan penggunaan air di dalam bab yang kelima dan seterusnya yang terdiri daripada perbincangan berkenaan misteri air jampi, bahan-bahan lain yang boleh diruqyah, teknik meruqyah, senarai ayat-ayat penawar dan penutup kata yang menitik beratkan rujukan dan sanad sesuatu teknik rawatan Islam yang dijalankan.


Kesimpulannya buku ini amatlah disarankan kepada perawat, pesakit dan keluarga, pengkaji dan penuntut ilmu rawatan Islam berasaskan ruqyah syariyyah. Malah bolehlah diibaratkan buku poket yang di dalamnya terkandung segala pendedahan perawat Islam membuat air ruqyah. Maka bolehlah dikatakan juga sebagai buku nota edisi lakukan sendiri di rumah buat semua pembaca.

RM16 + RM 8 penghantaran..

Cara pembelian:

1. Sila ‘bank in’ duit dengan kaedah-kaedah yang diterangkan di bahagian "PEMBAYARAN".

ATM deposit / ATM transfer / Cash deposit ke akaun

Muliati binti Saad.

no akaun Bank Islam : 14162020055479 atau

no akaun Maybank: 156057415555 (MULIATI BINTI SAAD)

2. Kemudian, sila sms saya di no 0179065131 (USTAZ HAYAT) dengan menyatakan:

a. Nama

b. Tarikh

c. Bank apa dan bila dimasukkan duit

d. Alamat surat menyurat

e. Produk dan bilangan

3. Kemudian, dengan berbesar hatinya kami akan menghantar buku tersebut ke alamat anda.

4. Bolehlah anda menikmati buku kami dengan penuh penghayatan…

Wednesday, April 10, 2013

Jualan Buku "Soal Jawab Ilmu Tauhid Ahli Sunnah Wal Jamaah' Al Asyairah wal Maturidiah Keluaran KISWAH PUBLISHING HOUSE. RM25 Termasuk Kos Penghantaran

Syukur Ya Rabbi.. Keluaran terbaru KISWAH PUBLISHING HOUSE. Keluaran kelima. Sebahagian dari jualan buku ini akan dimasukkan ke dana pembinaan surau@madrasah (zawiyah) Pahang... Insya Allah...

BUKU YANG HANGAT DI PASARAN!!! WAJIB DIBELI!!! RM25 termasuk kos penghantaran!!! Judul buku fizikal: “Soal Jawab Yang Wajib Dalam Ilmu Tauhid; Akidah al Asyairah wal Maturidiah. Quranic Heavenly Knowedge Series.” 

 Harga RM 25 termasuk penghantaran kepada pembeli persendirian.

Tulisan Hayat KISWAH al Mawlawi. Terbitan KISWAH PUBLISHING HOUSE. Mukasurat: 156. No ISBN: 978 – 967- 11307 – 2 -8. Bank in ke akaun Maybank: 156057415555 (MULIATI BINTI SAAD) atau Bank Islam: 14162020055479(MULIATI BINTI SAAD). Sesudah bank in sms ke no 017 9750665 (Ustazah Mulia Karimah) atau 017 9065131 (Ustaz Hayat). Sila TAIP: (tajuk buku, kuantiti, nama penuh, alamat lengkap, no. H/P).  Email:kiswahpublishing@gmail.com/. Terus dihantar ke rumah anda dalam masa 5 hari bekerja! Atau beli di online store kami: 



Pekedai buku:
1)      Cash and carry.
2)      Minimum 10 Buku – 20 Buku.
3)      Potongan untuk pekedai: 30% dari harga RM17

Pengedar buku:
1)      Cash and carry.
2)      Minumum 20 buku.
3)      Potongan untuk pengedar buku terpilih: 50% dari harga RM17

Sila hubungi Ustaz Hayat di talian: 017 9065131 atau Brother Syihan Zaik: 014 5444349. Untuk pembelian secara online. Sila ke:


Muqaddimah Penyusun
Dengan Nama Allah Maha Pemurah Maha Penyayang

1 Ramadhan 1426–4hbOktober 2005
5.05pm. KubriKuhafahTanta,Mesir

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam yang memberikan ku kekuatan  untuk  mempersembahkan kitab 'Pati Faridatul Faraid' ke dalam bentuk dan gaya bahasa yang serba baru.

Selawat dan salamku kirimkan kepada Baginda Rasulullah yang menjadi sumber inspirasi utama dalam menegak kebenaran yang semakin dinodai dewasa ini.

Pati Faridatul Faraid'merupakan sebuah nukilan 'talkhis'  atau  ringkasan  daripada  kitab  Tauhid  Melayu yang amat penting dalam survival akidah masyarakat Melayu sejak sekalian lama; "Faridatul Faraid",Sheikh Ahmad al-Fathani.

Kitab tulisan Tuan Guru Nik Abdullah al Jambawi ini merupakan mutiara berharga dalam perkembangan ilmuTauhid di dalam dunia Melayu.

Kemudian, dengan sedikit usaha yang diberi kekuatan dari Allah ini maka daku dengan menyedari segala kelemahan dirinya berusaha menyusun kembali isi-isi kitab ini dalam bentuk soal jawab agar dapat memudahkan lagi pemahaman pembaca.
Gayabahasa lama telahku rombak ke dalam bahasa Melayu yang moden agar dapat memaksimumkan lagi kefahaman pembaca semua.

Sudah menjadi satu perkara yang lazim di kalangan masyarakat Melayu, apabila membahaskan berkenaan ilmu Tauhid al Asyai’rah wal Maturidah sudah terpahat di hati mereka bahawa ilmu Tauhid adalah pelajaran yang susah dan sulit. Sedangkan pelajaran Tauhid adalah mudah dan menyeronokkan lebih-lebih lagi apabila silibus pelajaran ini disusun dengan gaya yang mudah difahami.

Daku berharap agar usaha kerdil ini dapat mengeluarkan minda para muslimin di negara kita dari kepompong yang mengatakan bahawa pelajaran Tauhid ini adalah sukar difahami dan membosankan.

Diharap juga usaha yang tidak seberapa ini dapat menjadi sumbangan berharga buat masyarakat Melayu yang berakidah Ahli Sunnah wal Jamaah sekalian lama dalam memahami  aliran  akidah  mereka  yang  sahih lantas mempertahankan kesucian dan kemurnian akidah umat Islam khasnya di Malaysia yang semakin dicemari.

Moga-moga penulisan dengan pendekatan bahasa yang serba moden ini dapat memberi kefahaman dan  kepuasan  yang  maksima  kepada  pembaca  dalam ilmuTauhid.Dalam masa yang sama semangat dan roh asal 'PatiFaridatulFaraid' masih dikekalkan seumpama yang diinginkan pengarang asal.


Isi Kandungan
BAB 1:    Ahlus Sunnah Wal Jamaah: Al Asyai’rah Wal Maturidiah                  
BAB 2:    Ulamak Al Asyairah Wal Maturidiah                                        
BAB 3:    Pelajaran Tauhid Di Alam Melayu                                          
BAB 4:    MuqaddimahPelajaran Tauhid: Islam, Iman, Ihsan                   
BAB 5:    Hukum Akal Dan Persoalan Taqlid                                                     
BAB 6:    Mengenal Allah Dan Sifat-sifatnya                                          
BAB 7:    Mengenal Perutusan Nabi Dan Yang Berkaitan Dengannya     
BAB 8:    Kalimah Syahadah dan Penerangannya                                  
BAB 9:    Mengenal Para Malaikat                                                   
BAB 10:   Mengenal Kitab-kitab Allah                                                         
BAB 11:   Semulia-mulia Makhluk dan Perihal Rasulullah r                       
BAB 12:   Kemaslahatan Yang Enam Serta Isu Riddah                             
BAB 13:    Perkara Samiyyat Dan  Alam Akhirat                                  




Sunday, November 18, 2012

Jualan Buku Rahsia Air Jampi; Rahsia Perawat Islam, Edisi Lakukan Sendiri Di Rumah. RM 24 Termasuk Penghantaran!!!





Keluaran Keempat KISWAH PUBLISHING HOUSE


BUKU YANG HANGAT DI PASARAN!!! WAJIB DIBELI!!! RM24 termasuk kos penghantaran!!! Judul buku fizikal: “Rahsia Air Jampi; Rahsia Perawat Islam Membuat Air Ruqyah. Quranic Heavenly Healing Series. Edisi Lakukan Sendiri Di Rumah.” Ebook version previously: airjampi.com. Harga RM 24 termasuk penghantaran kepada pembeli persendirian.

Tulisan Hayat KISWAH al Mawlawi. Terbitan KISWAH PUBLISHING HOUSE. Mukasurat: 159. No ISBN: 978 – 11307 – 1 -1. Bank in ke akaun Maybank: 156057415555 (MULIATI BINTI SAAD) atau Bank Islam: 14162020055479(MULIATI BINTI SAAD). Sesudah bank in sms ke no 017 9750665 (Ustazah Mulia Karimah) atau 017 9065131 (Ustaz Hayat). Sila TAIP: (tajuk buku, kuantiti, nama penuh, alamat lengkap, no. H/P).  Email: kiswahpublishing@gmail.com/. Terus dihantar ke rumah anda dalam masa 5 hari bekerja! Atau beli di online store kami: http://deanjungkiswah.com/index.php?p=productsList&iCategory=22&sName=Buku-penawar-jiwa


Pekedai buku:
1)      Cash and carry.
2)      Minimum 10 Buku – 20 Buku.
3)      Potongan untuk pekedai: 30% dari harga RM16

Pengedar buku:
1)      Cash and carry.
2)      Minumum 20 buku.
3)      Potongan untuk pengedar buku terpilih: 50% dari harga RM16

Sila hubungi Ustaz Hayat di talian: 017 9065131 atau Brother Syihan Zaik: 014 5444349. Untuk pembelian secara online. Sila ke: http://deanjungkiswah.com/index.php?p=productsList&iCategory=22&sName=Buku-penawar-jiwa

Ia ditulis berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya yang tidak seberapa yang kebetulan terlibat secara langsung di dalam dunia perubatan Islam selama hampir sepuluh tahun.

Ia juga merupakan hadiah istimewa saya kepada penyokong rawatan Islam berasaskan ruqyah syariyyah umumnya dan anak-anak murid KISWAH khasnya.

Saya permudah dan susun kembali pengajian di Madrasah KISWAH yang mengambil masa berbulan-bulan lamanya lalu diterjemahkan dalam bentuk ebook yang eksklusif ini bagi memudahkan sesiapa sahaja membuat rujukan.

Siapa Saya Yang Menulis Ebook Ini?

Nama saya ialah Hayat KISWAH al Mawlawi. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiyyah Universiti Al-Azhar, Tanta, Mesir.

Merupakan Pengasas Pusat Rawatan Islam KISWAH serta Berpengalaman Hampir 10 Tahun dalam Bidang Perubatan Islam.

Penulis buku Perubatan Islam Menangkis Kejahatan Makhluk Halus bersama Ustaz Syarhan Syafie pada Tahun 2004.

Penulis ebook Terapi Al Quran Penawar Gangguan Makhluk Halus bersama Ustaz Malek al Azhari pada tahun 2009.

Telah Menegndalikan berpuluh-puluh Seminar Rawatan Islam di Seluruh Malaysia Sejak Awal Tahun 2010 sehingga saat dan ketika ini...Sila lawati BLOG berikut untuk mengenali Ustaz Hayat Lebih Dekat >> http://rawatanislam2u.com

Ebook Ini Sesuai Untuk Semua Orang Ke?

Satu soalan yang BAGUS. Berikut jawapan jujur dari saya untuk anda semua

JAWAPANNYA TIDAK SESUAI JIKA ANDA :

Sanggup ditipu dan menghabiskan ribuan ringgit mengubati penyakit misteri dengan mengikut kata-kata bomoh atau pawang yang nyata sangat mengarut dan tidak berasas malah boleh mendatangkan syirik kepada Allah (NAUZUBILLAH).

Tidak Yakin dan Percaya dengan Ayat Al Quran sebagai Penawar Penyakit Zahir dan Batin.

Merasakan diri sudah hebat dan tidak perlu kepada ILMU ini.

Lebih mempercayai bomoh atau dukun yang tidak menuruti cara ISLAM.

Jadi Siapa Yang PATUT Dapatkan buku Ini?

Ikhlas Saya Katakan Ianya SANGAT Sesuai Jika Anda:

Seorang yang mempunyai keyakinan dan kepercayaan yang tinggi dengan kehebatan Ayat Al Quran sebagai Penawar Penyakit Zahir dan Batin.

Seorang yang mencintai dan berminat dengan ilmu Perubatan Islam Tulen.

Berminat untuk mempelajari dan mengumpul koleksi Ilmu Perubatan Islam.

Ingin mempelajari secara LENGKAP dan TERPERINCI Teknik dan Rahsia membuat 'Air Jampi'

Ingin menyediakan satu bentuk rujukan dan panduan alternatif sebagai langkah berjaga-jaga atau FIRST AID untuk kesejahteraan diri dan keluarga.

Kenapa Anda Perlu Dapatkan Buku Ini?


Apakah Keistimewaannya?

Ianya bukan sebuah buku picisan dan sembarangan kerana ditulis berdasarkan hasil penyelidikan dari Al Quran, Hadis dan amalan orang-orang soleh (TEPAT, PRAKTIKAL dan MUJARAB)

Boleh dijadikan satu rujukan ringkas dan padat untuk semua golongan terutama ibu bapa yang ingin melembutkan hati anak yang keras. Yakinlah dengan izin ALLAH dipanjatkan melalui doa yang ikhlas serta menggunakan air sebagai salah satu medium, hati anak yang keras akan lembut dan minda anak yang tumpul akan tajam...

Islam adalah agama yang paling melekat dengan air. Sebagai contohnya kita wajib mengambil wuduk untuk menunaikan Solat Fardhu 5 waktu sehari semalam. Jika begitu besar peranan air dalam kehidupan muslim dan molekulnya boleh berubah dengan bacaan ayat-ayat Al Quran, doa dan kata-kata yang baik, inikan pula manusia.

Satu bentuk ilmu yang jarang didedahkan dan diperkatakan kepada umum. Rebutlah peluang ini. Satu khazanah ilmu yang tidak patut dipersia-siakan. Panduan bagi anda yang ingin mempelajari serta mendalami ilmu perubatan islam sejati dan hakiki warisan RASULULLAH... 
Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!



 

Sample text

Sample Text

Sample Text