Pages

Ads 468x60px

My Blog List

Blogger news

Blogger templates

Thursday, September 27, 2012

Pelancaran Handbook Ruqyah Syariyyah KISWAH 2nd Edition


Alhamdulillah, syukur Ya Rabbi. Keluaran pertama KISWAH PUBLISHING HOUSE.

Assalamualaikum semua..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah melancarkan buku terbarunya.

"HANDBOOK RUQYAH SYARIYYAH"
Panduan kepada perawat dan pesakit.

Insya Allah tuan puan yang budiman boleh mendapatkannya di pusat rawatan kami di Temerloh dan juga dari agen-agen yang dilantik.

Atau boleh didapati di:


Boleh didapati secara online di www.handbookruqyah.com/


Insya Allah pada seminar 6 KISWAH nanti akan diadakan pengijazahan buku "HANDBOOK RUQYAH SYARIYYAH" latest version yang telah dikemaskini dan diperinci.

Kepada peserta seminar 1,2,3,4,5 yang telah berlangung sebelum ini, jangan ketinggalan untuk hadir. Insya Allah ijazah akan diberikan kepada peserta seminar 6, dan dalam masa yang sama merupakan peserta seminar KISWAH yang telah lepas khususnya seminar 1. Ini kerana kami tidak mahu penyalahgunaan ijazah terjadi kepada peserta yang mencampuradukkan kaedah ruqyah dengan kaedah2 rawatan lain serta menggunakannya untuk kepentingan diri sendiri atau dikomersilkan.

Slot pertama dalam seminar pada kali ini adalah:

DISKUSI BUKU HANDBOOK RUQYAH SYARIYYAH KISWAH.

Pada penutup seminar akan diadakan pengijzahan buku ini kepada peserta yang terpilih.

Allahu Haq ! Hidayah Seluruh Alam!

SILA DAPATKAN DI SINI:



Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

Friday, September 14, 2012

Preview Dan Jualan Album Mawlid Mawar Buatmu Ya RasulAllah saw oleh Dervish Mawlid Ensemble



   
Sila Click Di Cover Album Di Atas Untuk Mendengar Preview Album

PELANCARAN!!!!!!!
Album Mawlid oleh kumpulan Dervish Mawlid Ensemble .... "MAWAR BUATMU YA RASULALLAH SAW.." Dedikasi untuk al Marhum Shaykh Raja Ashman as Sulthani. Mendapat izin, bless dan dustur untuk penerbitan album di hari kemangkatan Tuanku Shaykh..

Untuk pengetahuan, sebahagian dari hasil jualan album ini akan disalurkan ke tabung pembinaan surau@madrasah KISWAH dan pembinaan pusat rawatan baru KISWAH serta sedikit sebanyak membantu pembelajaran ahli kumpulan Dervish Mawlid Ensemble yang kebanyakannya menyambung pelajaran ke Mesir, Jordan dan universiti tempatan. Sekian dimaklumkan..
Senarai Qasidah dalam album ini.
 1) Huwannnur

2) Dau’uni

3) Ya Rabbi Solli A’lan Nabiy

4) Khairul Bariyyah

5) Allah Allah Aghisna

6) Dzakal Azim

7) Ya Badrattim

8) Bagaimana Mungkin Kupuji



BELI DI SINI: WWW.CDMAWLID.COM/

Tuesday, September 11, 2012

Pelancaran KISWAH PUBLISHING HOUSE

Lembaran Baru Untuk KISWAH.. Insya Allah

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Pada 26 Jun 2012 yang lalu, KISWAH telah mendaftar sebuah lagi syarikat iaitu "KISWAH PUBLISHING HOUSE" dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Syarikat baru ini tertumpu kepada aktiviti penerbitan buku-buku agama khususnya buku-buku perubatan Islam berasaskan ruqyah syariyyah, penerbitan audia dan video serta menjadi pembekal dan pengedar bacaan-bacaan awam. Keputusan ini diambil sebagai inisiatif pihak KISWAH untuk menerbitkan sendiri buku-buku yang sudah siap ditulis selama ini setelah kecewa dengan beberapa syarikat penerbitan sebelum ini.

Alhamdulillah pada 3 Julai lalu pihak kami telah mendapat kelulusan dari Perpustakaan Negara Malaysia untuk menerbitkan buku sendiri.

Alhamdulillah dah boleh terbit buku sendiri



Oleh itu dengan ini saya mengumumkan pelancaran web terbaru KISWAH; iaitu:


khusus untuk mempromosi buku-buku terbaru keluaran KISWAH.

Dua projek terbaru kami adalah:

1) Pelancaran album mawlid; "MAWAR BUATMU YA RASULALLAH SAW" oleh kumpulan mawlid terkemuka Malaysia; DERVISH MAWLID ENSEMBLE. Pada 16 September nanti:
Insya Allah menemui anda pada 16 September 2012 ini.


2)Handbook Ruqyah Syariyyah KISWAH Latest Version; Quranic Heavenly Healing Series- Book 1 yang akan menemui anda pada 23 September 2012.

Akan menemui anda pada 23 September 2012


Semoga usaha ini siang malam diberkati Allah berkat keikhlasan yang mudah-mudahan senantiasa kami miliki. Amin Ya Rabb...

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!
 

Sample text

Sample Text

Sample Text