Pages

Ads 468x60px

My Blog List

Blogger news

Blogger templates

Tuesday, August 5, 2014

Ulasan Buku Rahsia Air Jampi; Rahsia Perawat Islam, Edisi Lakukan Sendiri Di Rumah Terbitan KISWAH PUBLISHING HOUSE

RAHSIA AIR JAMPI KAEDAH AL QURAN
Hayat Kiswah Al Mevlevi
RM 16.00
ISBN: 978-967-11307-1-1
Tahun terbit: 2012
Jumlah Mukasurat: 159 (tidak termasuk kulit)
Terbitan: Kiswah Publishing House

(Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): " Hentakkanlah (bumi) Dengan kakimu " (setelah ia melakukannya maka terpancarlah AIR, lalu Kami berfirman kepadanya): " ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin) ".
[Shaad: 42]
Merupakan satu buku yang lengkap dan relevan kepada semua pengamal pengubatan Islam berasaskan ruqyah syariyyah. Buku ini juga layak dijadikan rujukan kepada semua peminat dunia rawatan Islam sama ada perawat, pesakit atau pengkaji.

Hayat Kiswah di dalam penulisannya telah membuktikan secara syarie dan saintifik berkenaan realiti rawatan ruqyah menggunakan wasilah air sebagai perantara. Penulis memfokuskan latarbelakang dan teknik meruqyah air sebagai medium asas dalam rawatan sesuatu penyakit bersifat sama ada spiritual, fizikal atau emosional.

Buku ini terbahagi kepada  9 bab yang terdiri daripada pengenalan air di dalam al-Quran, misteri kejadian air, air yang mempunyai roh dan misteri penyembuhan gelombang al-Quran. Selanjutnya penulis mengaitkan kaedah ruqyah dan penggunaan air di dalam bab yang kelima dan seterusnya yang terdiri daripada perbincangan berkenaan misteri air jampi, bahan-bahan lain yang boleh diruqyah, teknik meruqyah, senarai ayat-ayat penawar dan penutup kata yang menitik beratkan rujukan dan sanad sesuatu teknik rawatan Islam yang dijalankan.


Kesimpulannya buku ini amatlah disarankan kepada perawat, pesakit dan keluarga, pengkaji dan penuntut ilmu rawatan Islam berasaskan ruqyah syariyyah. Malah bolehlah diibaratkan buku poket yang di dalamnya terkandung segala pendedahan perawat Islam membuat air ruqyah. Maka bolehlah dikatakan juga sebagai buku nota edisi lakukan sendiri di rumah buat semua pembaca.

RM16 + RM 8 penghantaran..

Cara pembelian:

1. Sila ‘bank in’ duit dengan kaedah-kaedah yang diterangkan di bahagian "PEMBAYARAN".

ATM deposit / ATM transfer / Cash deposit ke akaun

Muliati binti Saad.

no akaun Bank Islam : 14162020055479 atau

no akaun Maybank: 156057415555 (MULIATI BINTI SAAD)

2. Kemudian, sila sms saya di no 0179065131 (USTAZ HAYAT) dengan menyatakan:

a. Nama

b. Tarikh

c. Bank apa dan bila dimasukkan duit

d. Alamat surat menyurat

e. Produk dan bilangan

3. Kemudian, dengan berbesar hatinya kami akan menghantar buku tersebut ke alamat anda.

4. Bolehlah anda menikmati buku kami dengan penuh penghayatan…

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text