Pages

Ads 468x60px

My Blog List

Blogger news

Blogger templates

Wednesday, August 6, 2014

Ulasan Buku Kamus Tafsir Mimpi Kaedah Al-Quran


ULASAN BUKU KAMUS TAFSIR MIMPI KAEDAH AL QURAN

Hayat Kiswah Al Mevlevi
RM 20.00 
ISBN: 978-967-11307-3-5
Tahun terbit: 2014
Jumlah Mukasurat: 198 (tidak termasuk kulit)
Terbitan: Kiswah Publishing House

Hadis riwayat Samurah bin Jundub , beliau berkata:
Sesungguhnya Nabi mengadap sahabat-sahabatnya selepas solat Subuh seraya bertanya, “Adakah terdapat salah seorang dari kamu yang telah bermimpi pada malam tadi.”
(Riwayat Muslim, No.4220)

Merupakan satu buku yang sangat relevan bagi mengupas fenomena mimpi dan pentafsirannya. Buku ini merupakan ekstrak kepada kitab ‘Tafsirul Ahlam’ yang ditulis oleh as Shaykh Ibn Sirrin al Ansori dan ‘Qamus Ahlam’ karya Dr Khalid ibn Ali al Anbari. Isi kandungannya merangkumi semua tajuk yang menyentuh perihal mimpi dari sudut syarie dan saintifik serta pentafsirannya. Buku ini boleh dijadikan rujukan seisi keluarga dalam menjawab segala persoalan dan misteri yang menjelma dalam tidur kita saban hari.

Hayat Kiswah di dalam penulisannya telah mengupas tajuk dengan sandaraan dalil dan fakta yang kukuh. Penulis secara umumnya membahagikan buku ini kepada dua bahagia. Pertama; memfokuskan tentang realiti mimpi dari sudut pandangan agama dan kajian saintifik serta dalil-dalil ilmu tafsir mimpi. Kedua; adab dan kaedah mentafsir mimpi seumpama yang dianjurkan oleh para ulamak silam.

Buku ini terbahagi kepada 10 bab yang terdiri daripada hakikat mimpi, adab mendapat mimpi, hukum beramal dengan ilmu dari mimpi, sekitar mimpi berjumpa Rasulullah , mimpi dan tipu daya syaitan serta penangan sihir. Selanjutnya penulis menyambung perbahasan berkenaan cara mentafsir mimpi, adab ketika mentafsir mimpi, senarai tafsiran mimpi mengikut abjad dan beberapa contoh tafsir mimpi. Di bahagian penutup, penulis menekan bahawa mimpi bukanlah segala-galanya tetapi janganlah dipandang sepi kerana merujuk kepada pentafsiran mimpi ada asasnya di dalam agama.

Kesimpulannya buku ini amatlah disarankan kepada semua ‘pemimpi’ muslimin dan muslimat. Malah bolehlah diibaratkan buku poket atau nota yang lengkap berkenaan tafsir mimpi. Mudah-mudahan buku ini layak menjadi rujukan kepada semua apabila berhadapan dengan teka-teki berkenaan mimpi yang diperolehi.


  Cara pembelian: RM20 + RM8 Penghantaran..

1. Sila ‘bank in’ duit dengan kaedah-kaedah yang diterangkan di bahagian "PEMBAYARAN".

ATM deposit / ATM transfer / Cash deposit ke akaun

Muliati binti Saad.

no akaun Bank Islam : 14162020055479 atau

no akaun Maybank: 156057415555 (MULIATI BINTI SAAD)

2. Kemudian, sila sms saya di no 0179065131 (USTAZ HAYAT) dengan menyatakan:

a. Nama

b. Tarikh

c. Bank apa dan bila dimasukkan duit

d. Alamat surat menyurat

e. Produk dan bilangan

3. Kemudian, dengan berbesar hatinya kami akan menghantar buku tersebut ke alamat anda.

4. Bolehlah anda menikmati buku kami dengan penuh penghayatan…

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text